HOME: Home
E-mail Print PDF

Last Updated on Wednesday, 31 December 2014 05:47
E-mail Print PDF


Kepada tuan puan yang berhasrat untuk melakukan sumbangan, sumbangan boleh disalurkan kepada kami dalam bentuk wang tunai atau barangan keperluan seperti pakaian, selimut, makanan (minyak masak, beras, gula, garam, sardin, biskut), barang keperluan bayi dan wanita serta barang-barang keperluan lain.

Bagi wang tunai, sampul akan diedarkan kepada setiap jabatan/bahagian melalui AJK Kecil PROKOM 2015-2016 yang baru dilantik seperti di bawah.

Bagi barangan keperluan mohon dipek di dalam kotak atau beg dan diserahkan ke bilik Pengerusi PROKOM, En. Gazairi Ghazali. Bantuan akan dimajukan kepada pusat bantuan berdekatan dari masa ke semasa.


Berikut disertakan senarai nama AJK Kecil PROKOM bagi sesi 2015-2016:

Bil    Nama    Bahagian
1    Pn. Ros Ayuni Izdihar Ab Razak - Pentadbiran, BPPI & BKP
2    Pn. Fauzilah Idris - JPS & Integrasi
3    Pn. Nor Maziati Bakar - JPA & FMS
4    Pn. Wan Normaini Wan Mohamad Idris - FAIS
5    Pn. Maimunah Saba - JPIT
6    En. Mohd Syahdan Ab Majit - Jabatan Infrastruktur IT (Tingkat 5)
7    Pn. Fatimah Yunus - Pusat Data

Kepada AJK Kecil PROKOM seperti di atas, kami memohon kerjasama tuan puan untuk mengedarkan sampul bagi tujuan kutipan sumbangan di bahagian/jabatan masing-masing
dan mohon serahkan kepada saya atau Pn Norsafarina.

Semoga sumbangan ikhlas tuan puan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah Ta'la.

Last Updated on Monday, 29 December 2014 09:01